Ada sambungan lagik, gambar2 waktu pagi raya di rumah FIL bersama adik beradik & anak2 sedara. Makanan tak sempat nak snap...ada kuzi, ada roti jala, ada nasi dagang, satay etc. Hancuss diet bulan puasa. Turunnya sekilo dua jer...punya bersusah payah tu. Dah sah2, naik balik berkilo2 ganda. Sabar je la..huhuhu
Dari rumah yang dapurnya mengeluarkan asap di hujung minggu...dan sekali sekala di tengah minggu..
Tuesday, September 29, 2009
Sepi
Jangan salah sangka. Macam kronik sangat la bunyinya. Bukan akakkk yg sepi (macamana nak sepi dengan adanya bala tentera 3 orang ni) tp tengah layan filem "Sepi" by Kabir Bhatia, start dari pukul 10 lagi kat TV3. Menarik jugak jalan ceritanya. Ada something different. Banyak konflik dan susah nak jangka apa nak jadi pulak lps nih. Orang dah lama pegi tgk kat panggung, akakk baru terkedek2 nak mengulas psl citer ni...muahahaha...apa kellassss...apa2 je la cik senah oiii..
Psstttt...nak gossip jap..punya la khusyuk cik abgku tgk citer ni..lagi2 bila sampai part Baizura Kahar...(dia minat dengan mok cik ni)...tau dah taste dia...yg ayu, lemah lembut, kurus...ermmm...macam tak de ciri2 akakk je tu...macamana tu???...high taste gak laki akakk ni..takpo la, Baizura Kahar tak kenal dia...muahahaha
Psstttt...nak gossip jap..punya la khusyuk cik abgku tgk citer ni..lagi2 bila sampai part Baizura Kahar...(dia minat dengan mok cik ni)...tau dah taste dia...yg ayu, lemah lembut, kurus...ermmm...macam tak de ciri2 akakk je tu...macamana tu???...high taste gak laki akakk ni..takpo la, Baizura Kahar tak kenal dia...muahahaha
Monday, September 28, 2009
Dryer (blh dapat ke tak ni?)
Dalam masa lebih kurang 2 bulan lagi, diriku akan meredah KL yang jam yang amat tu dan semestinya banyak masa terpaksa diluangkan di tengah jalan (bukan kes berani mati, nak berdiri tengah jalan). Maka, kena lah mencari alternatif bagaimana nak mengurangkan kerja rumahtangga.
Setelah difikir2kan...one of the options adalah dengan membeli sebuah dryer. Jadi, tugas menjemur & mengangkat kain tu boleh la di potong drp senarai kerja yang ada. Lagi menjimatkan masa, masukkan pakaian yang telah dibasuh ye puan-puan ke dalam dryer, dalam beberapa minit, pakaian yang telah garing itu boleh la terus diangkat dan dilipat.
Serakian itu, kena la akakk memikirkan cara macamana plak nak membeli dryer seperti yang dikatakan tu (ayat2 iklan di atas menunjukkan dryer tu amat efficient sekali)...bukan apa, itu sebahagian promo supaya big boss tanpa ragu2 akan meng'approved'kan proposal akakk itu.
Happy Eidul Fitri
Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua!!..masih terasa kehangatan raya, tak cukup cuti seminggu..kalu dapat cuti sebulan kan best..boleh gitu???...Nak berborak dgn wan (panggilan utk ayahanda) dan mak pon mcm tak berapa nak sempat.
Gambar ni plak, gambar di pagi raya sebelah family cik abgku..sebenarnya byk gambar nak upload tp tenet ni plak slow mcm siput sedut, benda alah 'cpu' ni siap berbunyi2. Bahaya danger. Kalu meletop, akakk jugak yg dpt free ride naik ambulans.
Thursday, September 10, 2009
Dilema berakhir
Si Rambut pacak
Sebelum terpacak...serabainya rambut..anak sapa la tu??
Dalam proses kehenseman
Dalam proses kehenseman
Tak sempat nak potong sendiri rambut anak bujangku yang no. 2 tu. Punya la panjang & serabai. Nak meringkaskan tugas, bawak ke kedai gunting rambut belakang rumah. Tanya tuan punya badan, dia kata nak rambut pacak. Barber tu pulak siap pakaikan gel rambut lps gunting, mmg terpacak la rambut pokcik tu. Terus tersengih2..(perasan le tu). Bayor 5 hinggit, settle. Berkurang satu tugas akakkk untuk weekend ari tu. Lega...
Tuesday, September 8, 2009
Friday, September 4, 2009
Buku resipi Chef Hanieliza
Beli lagi baru je lunch hour tadi kat MPH Alamanda gak
Alangkah bestnya, dapat menghabiskan duit beli buku resipi. Tu lah sebenarnya hobiku..pastu bila balik, dok belek la buku tu..mcm study nak amik periksa.
Dah cuba resipi dr buku Nasi tu, memang menjadi. Bahan2 senang nak cari, buat pon kejap jer. Dah minat membeli buku resipi, pehtu berangan, nak cakap apa lagi. Layan je la.
Fritata Italia
Jangan terkejut dengan nama yang gempak ni. Macam wowww gitu namanya. Resipi dari Indonesia. Sebab tu la bahasanya gitu (walaupon tak berapa nak paham, terpaksa la buat2 paham). Buat separuh adunan. Juri jemputan tak bertauliah, si Ariff suka sangat. Gambar tak meriahuolls langsung. Bila la org tu nak kasik present camera yang canggih. Canon G10 pon cukup ler (sempat lagik tu buat ayat seposen..huhu)
Fritata Italia
by Fatimah Bahalwan
Bahan:
100gr bawang Bombay, cincang
5 bj bawang putih, cincang
100gr paprika merah, cincang
300gr smoked chicken, cincang
1 sdt lada hitam1 sdt garam
1 sdt chicken powder
12 btr telur2 sdm parsley, cincang
50 gr keju parut
5 sdm minyak goreng
Cara membuatnya:
panaskan minyak goreng, tumis bawang putih hingga harum, tambahkan bawang Bombay, aduk rata. Masukan smoked chicken, lada hitam, garam dan chickcen powder. Aduk rata. Matikan api.
Dalam wadah lain, kocok lepas telur, tambahkan keju parut dan parsley cincang. Sisihkan
Siapkan cetakan muffin, beri adonan tumis separohnya. Tuangi adonan telur hingga penuh.
Panggang dalam oven suhu 200’C, hingga matang.
panaskan minyak goreng, tumis bawang putih hingga harum, tambahkan bawang Bombay, aduk rata. Masukan smoked chicken, lada hitam, garam dan chickcen powder. Aduk rata. Matikan api.
Dalam wadah lain, kocok lepas telur, tambahkan keju parut dan parsley cincang. Sisihkan
Siapkan cetakan muffin, beri adonan tumis separohnya. Tuangi adonan telur hingga penuh.
Panggang dalam oven suhu 200’C, hingga matang.
Tuesday, September 1, 2009
Rumah baru
Tup tup..dah masuk bulan September. Cepat sungguh masa berlalu. Dah 11 hari berpuasa. Hari ni plak cuti sebab sambung kontrak. Kesian pekerja kontrak yang takde masa depan ni...huhu. Si kecik 2 orang tu tengah buat acara bebas, sorang tengah buat akrobatik, sorang lagi tengah mengodek kotak tisu. Abg Aiman plak sekolah.
Sempena nak raya ni, akakk dah tukar langsir ngan wall paper baru 'rumah' ni. Raya sakan gitu. Layannn...
Sempena nak raya ni, akakk dah tukar langsir ngan wall paper baru 'rumah' ni. Raya sakan gitu. Layannn...
Subscribe to:
Posts (Atom)