Friday, September 4, 2009

Buku resipi Chef Hanieliza

Beli masa mula2 buku ni keluar kat MPH Alamanda

Beli lagi baru je lunch hour tadi kat MPH Alamanda gak

Alangkah bestnya, dapat menghabiskan duit beli buku resipi. Tu lah sebenarnya hobiku..pastu bila balik, dok belek la buku tu..mcm study nak amik periksa.
Dah cuba resipi dr buku Nasi tu, memang menjadi. Bahan2 senang nak cari, buat pon kejap jer. Dah minat membeli buku resipi, pehtu berangan, nak cakap apa lagi. Layan je la.

Fritata Italia

Jangan terkejut dengan nama yang gempak ni. Macam wowww gitu namanya. Resipi dari Indonesia. Sebab tu la bahasanya gitu (walaupon tak berapa nak paham, terpaksa la buat2 paham). Buat separuh adunan. Juri jemputan tak bertauliah, si Ariff suka sangat. Gambar tak meriahuolls langsung. Bila la org tu nak kasik present camera yang canggih. Canon G10 pon cukup ler (sempat lagik tu buat ayat seposen..huhu)
Fritata Italia
by Fatimah Bahalwan

Bahan:
100gr bawang Bombay, cincang
5 bj bawang putih, cincang
100gr paprika merah, cincang
300gr smoked chicken, cincang
1 sdt lada hitam1 sdt garam
1 sdt chicken powder
12 btr telur2 sdm parsley, cincang
50 gr keju parut
5 sdm minyak goreng
Cara membuatnya:
panaskan minyak goreng, tumis bawang putih hingga harum, tambahkan bawang Bombay, aduk rata. Masukan smoked chicken, lada hitam, garam dan chickcen powder. Aduk rata. Matikan api.
Dalam wadah lain, kocok lepas telur, tambahkan keju parut dan parsley cincang. Sisihkan
Siapkan cetakan muffin, beri adonan tumis separohnya. Tuangi adonan telur hingga penuh.
Panggang dalam oven suhu 200’C, hingga matang.

Tuesday, September 1, 2009

Rumah baru

Tup tup..dah masuk bulan September. Cepat sungguh masa berlalu. Dah 11 hari berpuasa. Hari ni plak cuti sebab sambung kontrak. Kesian pekerja kontrak yang takde masa depan ni...huhu. Si kecik 2 orang tu tengah buat acara bebas, sorang tengah buat akrobatik, sorang lagi tengah mengodek kotak tisu. Abg Aiman plak sekolah.

Sempena nak raya ni, akakk dah tukar langsir ngan wall paper baru 'rumah' ni. Raya sakan gitu. Layannn...

Friday, August 21, 2009

Dilema

Beginilah situasiku terkini sejak 2-3 hari ni. Kena buat keputusan penting dalam hidup. Kena buat pilihan. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan tunjukkan jalan mana yang harus ku pilih.

Monday, August 17, 2009

Happy Birthday to me

Ohhh..bahagianya rasa. Walaupon bertambah usia, tp dek kerana dpt sebijik kek dr cik abg tersayang..ada tulih "Beloved Wife", terus terasa diriku di awang awangan..cewwahh. Tu la, dah namanya pompuan, ayat sket je, trus melepet..muahahaha.
Dengan bertambahnya usiaku ini, (dah start nak buat janji2 manis yg blm tentu palsu atau tulen nih..hehe)..akakk berazam, nak jadi isteri dan ibu yg lebih baik. Semangat membara2, berkobar2 gitu. Apa2pon, syukur tak terhingga kerana Allah memanjangkan umur, masih bernafas sehingga hari ini. Alhamdulillah.

Bagan Seafood, Tg Harapan

Kailan Goreng Ikan Masin


Siakap Sweet Sour

Ain & Ariff

Abah with Aiman
All the way dari Bangi to Tg. Harapan, Klang nak makan seafood punya pasal. Skali skala ok la..kalu slalu boleh kopak poket, tambah kolestrol lagik. Meh nak cerita..bila kita duduk, terus waiter datang tuang chinese tea, letak jeruk betik & kacang. Uihhh..apalagi, kitorang pon makan la all those things, teguk gak chinese tea tu walaupon rasanya tak kena dengan tekak akakk. Baguss restoren ni.
Bila byr bil, hah amik ko..chinese tea diorang charge 50 sen segelas (kali 5 gelas plak tu diorang taruk), jeruk 3 hinggit & kacang pon 3 hinggit (gitu2 la harganya, tak ingat exactly)..Hampehhhh...Lepas ni, kalu dtg lagi, kena cepat2 bgtau, kami tak mau suma tu. Yg tang makanan yg kita order tu, mmg best la. Siakap sweet sour, kailan ikan masin, sotong celup tepung and butter prawn. Burrppp...Alhamdulillah..Dah lama teringin, pueh hati den.

Thursday, August 6, 2009

Obsessed

Semalam, kul 12 tgh malam baru stat melayan this movie "Obsessed" selepas askar2 semua tido. Apa pon, jalan ceritanya ok la..cuma, expect lagi dramatik. Lakonan Idris Elba, Beyonce Knowles dan Ali Larter (psycho pompuan ni, gila babas nakkan si pakcik hero tu, obsessed la katakan..tapi badan dia memang cun melecun). Abis tengok dalam kul 2 lebih gitu.

Juri tetap tak bertauliah ni kasik 3 bintang drp 5 bintang..sapa yang blom tengok tu, nak tengok tak pe, tak tengok pon tak rugi..begitu la pendapatan akakk yang tak seberapa nih. Kita berjumpa di lain siaran..layannnn