Thursday, August 6, 2009

Obsessed

Semalam, kul 12 tgh malam baru stat melayan this movie "Obsessed" selepas askar2 semua tido. Apa pon, jalan ceritanya ok la..cuma, expect lagi dramatik. Lakonan Idris Elba, Beyonce Knowles dan Ali Larter (psycho pompuan ni, gila babas nakkan si pakcik hero tu, obsessed la katakan..tapi badan dia memang cun melecun). Abis tengok dalam kul 2 lebih gitu.

Juri tetap tak bertauliah ni kasik 3 bintang drp 5 bintang..sapa yang blom tengok tu, nak tengok tak pe, tak tengok pon tak rugi..begitu la pendapatan akakk yang tak seberapa nih. Kita berjumpa di lain siaran..layannnn

Swimming class

Hari ini merupakan last day swimming class @Presint 6, Putrajaya with 2 org cikgu yg comel, Nina dan Lin. Thanks cikgu!!.

Daripada, satu aper pon tak tau, nak float pon tak boleh..termasuk la insiden hampir lemas sebab panik dan cikgu nina yang kecik molek tu la jadi tempat akakk berpaut. Tu tak termasuk asek keluar masuk kelas pemulihan..muahaha.

Tapi tu cerita dulu..cewwah..kini akakk dan mak dara pingitan; kngah, nizah and k'iz dah boleh swim kat kolam yang dalamnya 1.8 meter tau. Daripada 10 class (once a week) termasuk tuang satu class..sbb anak demam..last class ni yang paling best. Cikgu ajar snorkling. Best rupernya. Pakai fin (kaki katak tu), laju je berenang. Ni la yang dikatakan from ZERO TO HERO.

Dan yang paling penting, lepas ni, akakk berazam nak ajar anak2 swim termasuk bapaknya skali..jangan mare ye cik abangku...nanti kena jual..hihi

Redha

Apa yang ditakuti, akhirnya menjadi realiti. Sampai ofis, terus bukak drawer dan memang sah dan nyata, duitku tiada. Argghhhh..sedih, tensen, berkecamuk fikiran..banyak tu beb RM400 tu bagi orang2 yg gaji ciput macam akakk ni.

Setelah puas mencari, akhirnya akakk terpaksa redha dan menganggap duit tu bukan rezekiku. Sebab musabab kehilangan tidak dapat disahkan dalam masa terdekat ini kerana masih dalam siasatan..muahahaha (ketawa plastik..huhuhu)

Wednesday, August 5, 2009

Duit..Duit ..Di mana kau duit

Fikiran akakkk terganggu..masa pegi kedai beli roti jap tadi, bila nak bayar duit, tengok2 duit yg baru withdraw macam nipis je..kira punya kira, tgk2 short RM400..huhuhu. Banyak tu. Mana la pegi duit tu..dalam hati, dok berharap duit tu ada kat dlm drawer kat ofis. Rasa mcm nak terbang pegi ofis sekarang jugak.

Kanak-kanak 3 tahun mangsa ke-9 H1N1

Laporan akhbar ni betul2 meruntun hati seorang ibu. Terus teringatkan anak2 yg ditinggalkan di nursery. Ya Allah, lindungilah kami.

JASIN 4 Ogos - Pasangan suami isteri tidak menyangka demam yang menyerang anak sulungnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran ketiga pada 26 Julai lalu berlarutan sehingga membawa maut.
Menceritakan detik-detik menyedihkan itu, Samsuddin Abdul Hamid, 27, bapa kepada kanak-kanak malang itu memberitahu, beliau telah merujuk anaknya ke klinik pakar dan sebuah hospital swasta di Ayer Keroh, Khamis lalu.
Beliau berkata, anaknya itu kemudian dimasukkan ke wad sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka.
''Saya langsung tidak menyangka anak saya dijangkiti H1N1 kerana tidak pernah membawanya keluar kecuali menyerahkan kepada pengasuh di Taman Bertam Jaya, Cheng dekat sini Februari lalu,'' katanya.
Samsuddin yang ditemui bersama isterinya, Siti Suhaila Ahmad, 27, berkata, masih terngiang-ngiang suara Iffah Syazwina menyanyikan lagu selamat hari jadi seminggu sebelum dia diserang demam tersebut.
Katanya, kali terakhir beliau membawa anaknya bersiar-siar adalah pada Februari lalu dan langsung tidak menyangka dia meninggal dunia semalam akibat jangkitan virus selesema babi.
Menurut beliau, dia hanya mengetahui anaknya itu positif influenza A (H1N1) setelah disahkan doktor menerusi khidmat pesanan ringkas malam Ahad lalu.
Bagaimanapun, menurutnya, keadaan Iffah dilaporkan semakin tenat sebelum meninggal dunia pada pukul 4.30 petang di Hospital Melaka, semalam.
"Memang sukar untuk saya terima kenyataan itu kerana tidak pernah membawa arwah ke mana-mana kerana bimbang dijangkiti H1N1," katanya ketika ditemui di rumah keluarga isterinya, di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai di sini, hari ini.
Iffah Syazwina merupakan mangsa kesembilan maut akibat wabak itu setakat ini.

Tuesday, August 4, 2009

Kek Puding Karamel


Kek yang hairan bin ajaib. Dah dicampur semua jadi adunan, bila siap bakar, tup2 terpisah bahagian puding dan kek tus..terkesima akakkk melihatnya. Resipi by Yani, Myresipi. Terus terfikir, mcmana la blh dpt idea orang yang mereka resipi nih..(tak abis2 lagi jakun..muahaha).

Resipi blh refer kat MyResipi. Aduh, kesian akakk, tak reti nak link lar..kak senah mana la ni..nak link pon tak tau..hihi
Verdict : Bahagian kek rasa mcm bahulu.

Saturday, May 30, 2009

Butter Creamcheese Cake


Berkurun tak update blog..alasan paling kukuh..BUSY. Macam tak sempat la kekononnya, padahal tak pandai urus masa..kesian akakkk ni.

Tapi..walaupon begitu, tetap gak nak update resipi terbaru yg telah ditest. Di kidnap dr blog Kak Ummi Kuantan. Mmg kena dgn seleraku, walau pon Bos Besar makan gitu2 jer (sbb x berapa minat butter cake), anak2 makan la jugak tp kawan2ku di opis makan abis satu tupperware..Bawak apa pon suma depa bedal..muahahaha..akakk pon ala2 buruk siku, tumpang gak sekaki..hehehe..tak senonoh!!