Wednesday, August 5, 2009

Kanak-kanak 3 tahun mangsa ke-9 H1N1

Laporan akhbar ni betul2 meruntun hati seorang ibu. Terus teringatkan anak2 yg ditinggalkan di nursery. Ya Allah, lindungilah kami.

JASIN 4 Ogos - Pasangan suami isteri tidak menyangka demam yang menyerang anak sulungnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran ketiga pada 26 Julai lalu berlarutan sehingga membawa maut.
Menceritakan detik-detik menyedihkan itu, Samsuddin Abdul Hamid, 27, bapa kepada kanak-kanak malang itu memberitahu, beliau telah merujuk anaknya ke klinik pakar dan sebuah hospital swasta di Ayer Keroh, Khamis lalu.
Beliau berkata, anaknya itu kemudian dimasukkan ke wad sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka.
''Saya langsung tidak menyangka anak saya dijangkiti H1N1 kerana tidak pernah membawanya keluar kecuali menyerahkan kepada pengasuh di Taman Bertam Jaya, Cheng dekat sini Februari lalu,'' katanya.
Samsuddin yang ditemui bersama isterinya, Siti Suhaila Ahmad, 27, berkata, masih terngiang-ngiang suara Iffah Syazwina menyanyikan lagu selamat hari jadi seminggu sebelum dia diserang demam tersebut.
Katanya, kali terakhir beliau membawa anaknya bersiar-siar adalah pada Februari lalu dan langsung tidak menyangka dia meninggal dunia semalam akibat jangkitan virus selesema babi.
Menurut beliau, dia hanya mengetahui anaknya itu positif influenza A (H1N1) setelah disahkan doktor menerusi khidmat pesanan ringkas malam Ahad lalu.
Bagaimanapun, menurutnya, keadaan Iffah dilaporkan semakin tenat sebelum meninggal dunia pada pukul 4.30 petang di Hospital Melaka, semalam.
"Memang sukar untuk saya terima kenyataan itu kerana tidak pernah membawa arwah ke mana-mana kerana bimbang dijangkiti H1N1," katanya ketika ditemui di rumah keluarga isterinya, di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai di sini, hari ini.
Iffah Syazwina merupakan mangsa kesembilan maut akibat wabak itu setakat ini.

1 comment:

Ross Safina Hor said...

Salam semua…

Saya mempunyai penawar untuk mencegah H1N1. Di Penang telah banyak kes yang sembuh dalam masa 2 @3 hari sahaja selepas meminum Protecur-100 terutama kanak-kanak yang bersekolah. Dengan izin Allah SWT dan PROTECUR-100, kami disini dapat mengawal masalah H1N1 ini. Jika anda bimbang tantang anak-anak anda dijangkiti, hubungi saya untuk tempahan. Hanya RM38 sahaja.

Insyaallah selamat…
Wasalam…

http://www.PROTECUR.com