Tuesday, April 7, 2009

Lunch at Ikea



Burrppp..Alhamdulillah. Baru je balik dr IKEA, semata2 pegi sana utk makan meatball.. sanggup tu meredah jam & perjalanan lbh kurang setengah jam. Dah la pegi berdua, tamak haloba melanda diri, order sampai 2 pinggan meatball (10 bj setiap satu), salmon with chives sauce & daim choc cake. On the way nak balik umah, punya la mengantuk ya ampunnn..Almaklumlah makan sampai overdose. Kena start diet esok nih...chaiyok chaiyok..

Monday, April 6, 2009

Lunch @ Penang Village, Alamanda


Lunch at Penang Village @ Alamanda with Sue & Adam, K'nida & K'Ina. Sue yg belanja.

K'Ina n K'Nida tgh concentrate tu...(sebenarnya, tekanan perasaan sbb makanan tak sampai2..hehehe)..
Order Creamy chicken tom yam, two way kailan, nyonya mango fish fillet and butter prawn...pucat muka sue nak membayarnya..thanks sue..tima kasih daun keladi, ada masa belanja lagi...

Wednesday, April 1, 2009

Puding Strawberry

Close up & personal..

Dah lama simpan 5 bj strawberry yg lebihan buat kek coklat dulu. Simpan dlm freezer, blh tahan berbulan2. Pasal nak p visit anak sedara, Syazwan kat hostel dia kat GIM Bangi and anak sedara sorang lg, Azhan kat Sek Alam Shah Putrajaya, so akak ni buatkan la puding ni. Cuba dgn mana stok yg ada kat dapur.
Verdict : Masam2 manis, lemak & menyejukkan tekak.

Kek Lapis Velvet


Can't be denied that i love baking. Kawan2 slalu ckp blog ko ni mcm berunsurkan makanan jer.. memang pon. Itu la diriku yg sebenarnya..cewwahhh...testing resipi baru la yg slalu akakk ni buat bila time lapang, curik2 masa bila si kecik tido. Kalu berborak ngan kawan2 pon, suka cerita hal2 resipi, makanan yg best kat sana sini..ermm..kawan2 pon terpaksa la layan...hehehe..nasib korang la dpt kawan mcm akak ni.
Terinspirasi dari resipi Kak Fida @ Myresipi.
Verdict : Gebu & memang sedap. Worth trying.


Monday, February 9, 2009

Projek yang meluluhkan hati


Apa yang penting...kerjaaasaammmaa!!!!...Si kecik 2 org tu dgn projek mengacau abang aiman tgh buat homework n sedang dalam usaha menambahkan credit hours mama dia mengemas rumah..huhuhu..adusss

Ini ler hasilnya!!!..

Tiger orchid


Halluuuu...i'm back after berhibernasi berbulan lamanya..ekeke..Saja nak buat tayangan amal kali ni dgn mempersembahkan orkid harimau yg telah dibela selama 3 tahun, baru le kuar 2 tangkai bunga. Rasa mcm tak pecaya plak, igtkan orkid jantan sbb tak kuar2 bunga...Nasib baik la at last kuar gak..Padan le namanya orkid harimau..berbelang2 mcm harimau gitu..sessuaaiiiii...

Friday, November 28, 2008

Fruits coctail pudding



Dessert ni memang best. Hubby especially loves this. Very easy peasy, with simple preparation. Got this recipe from a fren, sue.

Bahan-bahan:-

Kuah:

1 tin fruit coctail
1 tin susu
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
- Panaskan bahan2 di atas dan kacau. Cukup sekadar gula larut sahaja.

Custard:
1 cwn tpg custard
5 cwn air
2 sudu besar gula
- Larutkan dan masak atas api yg kecil. Kacau hingga pekat dan likat. Kacau sehingga nampak kuning jernih. Masukkan dalam acuan.

Lastly, keluarkan custard drp acuan dan masukkan custard yg sudah mengeras ke dalam kuah td. Sejukkan dalam peti ais. Sedap dimakan sejuk.